Kisah ini adalah sebuah kisah benar seorang gadis syurga yang rebah dek kerana fitnah manusia yang maha dahsyat.. (telah diubah sedikit jalan ceritanya, namun untuk permulaan dan pengkahiran cerita adalah benar..Wallahualam..semoga peroleh manfaat. Kisah menyayat hati ini diceritakan semula untuk dijadikan pengajaran buat mereka terutama yang sedang mengalami kemurungan seperti penulis :'))
Hari demi hari berlalu, si gadis masih dengan rutinnya memuji dan mengangungkan ALLAH..
Sudah menjadi fitrah, Allah akan menguji hambaNya tidak kira dalam waktu apa pun.. Dijadikan cerita si gadis syurga ini difitnah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa hancurnya hati si gadis ini saat dia difitnah berpakaian sebegitu ayu hanya untuk menarik perhatian para jejaka! MASHAALLAH! Sungguh dahsyatnya fitnah yang dilemparkan..ketika diri sedang bergelut mencari redha Ilahi, didatangkan ujian yang maha dahsyat buat si gadis berjiwa rapuh ini. Sungguh, luruh hatinya saat diperlakukan sebegitu.
Hari-hari yang dilaluinya disertakan bersama hinaan dan fitnah. Tetap jua si gadis utuh berdiri meminta pertolongan dan belas kasihan daripada Tuhan yang Maha Mengasihani. Namun, kita semua hanya manusia, hambaNya yang sangat jahil, lemah, dan iman yang mampu bertambah dan berkurang..tidak terkecuali si gadis ini. Sampai suatu ketika, si gadis terasa ujian yang dilalui teramat berat..hampir dirinya rebah namun dikuatkan juga. Masih jua, kita bukanlah sesempurna Nabi S.A.W.. yang imannya sesempurna yang tiada bandingannya. Si gadis mengalami kemurungan..hari demi hari, Al quran dan zikir tetap jua menjadi penemannya namun tidak lagi seutuh dan sekuat seperti kebiasannya.
Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani dan Maha Pengampun, pada hari terakhir 'perjuangannya', si gadis akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri..Allahu..Allahu..Kehidupan asalnya yang dipenuhi dengan berkah dan rahmat Ilahi..siapa sangka pengakhirannya sebegitu dek kerana ujian yang diturunkan oleh Allah kepadanya.
Semoga kita semua diampuni Allah dan sentiasa berada di dalam berkah dan rahmatNya.
Cerita ini sangat memberi kesan kepada penulis. Semoga Allah melindungi si gadis ini di alam sana, ampunkan dosanya, gantikan dosanya dengan kebaikan sebagai ganti atas fitnah yang dilalui di atas muka bumi ini.


No comments:
Post a Comment